perempuan Hotstuff vs perempuan Tak Hot

betu ke tak ?

kalau perempuan cantik , pakai tudung ala - ala Hana Tajima , korang kate dia up to date .
tapi kalau perempuan tak cantik pakai tudung ala - ala Hana Tajima korang mesti cakap " ala , cari publisiti murahan lettew "

kalau perempuan cantik , senyum kat korang . mesti korang cakap " sempurnanya dia ni , dah la cantik . murah dengan senyuman "
tapi kalau perempuan tak cantik yang senyum , mesti korang cakap " senyum2 , nak try aku lettew . dah la tak lawa . gatal pulak "

kalau perempuan cantik add korang kat FB , mesti korang approve terus . tak tengok info langsung .
tapi kalau perempuan tak cantik yang add , rase macam tak nampak jer button approve tuh kan ?

kalau perempuan cantik nyanyi , post kat youtube . korang mesti kate . " wah berbakat nya dia "
tapi kalau perempuan tak cantik nyanyi , korang mesti kate . " takde pakej , tak boleh jual der "

moral of the story is : tak perlu nak beza kan orang , kita semua sama jer . Hotstuff mana pun kau , mati kena tanam jugak . bukan orang awet simpan kat muzium pun .

#hakikat apa yang aku nampak dalam dunia sekeliling aku , dan terjadi pada diri sendiri jugak . so kepada Lelaki , rupa yang cantik tak semestinya menjanji kan yang cantik pada dalaman nya . tQ~

A day to Remember 3.10.11

Selamat hari jadi aen (:
hari jadi tahun ni , sama macam tahun yang lepas , suram , sunyi , sepi , but aku masih bersyukur kerana di panjangkan umur untuk terus berbakti pada keluarga aku , thanks to along . still nak bawak aku keluar even aku sakit agak teruk dan MC pada hari tu . dia bawak jalan - jalan Putrajaya . *kebetulan jer sebab hantar cousin aku balik lepas dia audition . biarpun aku tak berapa nak sihat dan tak selesa bila berjalan kesana sini dengan batuk yang mengganggu , tapi aku masih cuba bertahan . *jaga hati kak ngn abg aku . aku tension jugak la bila hari jadi aku tak dapat di sambut dengan kek , hajat hati nak g KFC . sambut dengan kawan - kawan . tapi sayang , kesihatan tak mengizinkan . hopefully i will get well soon . :D

whats a bad day )":

hari ni aku kena marah teruk dengan manager aku , sebab bg drop CMS . im so sorry sir , aku tak tau camane result tuh boleh breakdown . aku dah all out , tapi maybe mase CMS tuh Q . bukan rezeki aku nak serve dia elok - elok . aku rase bersalah tahap gaban . aku dah bagi malu stor , benda senang pun tak boleh nak buat . drop nya mase ni , mana kawan - kawan yang patut ade masa aku tengah memerlukan , asal biar aku drop sorang - sorang weh . seriously , aku betul - betul DOWN sekarang . kalau sir tau , aku takde niat pun nak bagi breakdown CMS . a thousand of apologise abah )':

tak abis study , tak semestinya bodoh . ade degree , tak semestinya pandai .

entry ni aku post , atas kes terasa ngan kawan aku . bila di persoalkan pasal pelajaran + bodoh .
aku tau , sekarang ni . kalau ada  SPM pun orang tak pandang , orang nak degree . baru boleh hidup senang . tapi hidup senang ni , sebenarnya depend pada usaha . kalau kau ada degree tapi kau malas . tak kemana jugak . jangan sebab degree yang kau ada jugak , kau boleh , hina , kau boleh perkecil kan , kan boleh kutuk kawan kau ssesuka hati jer . memang aku tak done study , tapi aku ada kerja . even sekadar staff KFC pun . aku tak susah kan orang . aku tak harap duit makbapak aku , aku beli harta pakai duit sendiri . takkan pasal lambat kira 21 tolak 12 pun kau boleh senang nak bangang kan aku . beragak lah kawan , aku memang tak habis sekolah . tapi tak bermakna aku takda hati atau tak paham dengan "bangang" kau tuh . apa sebenarnya yang kau tak puas hati kat aku ? kau jeles dengan apa yang aku ada ? apa yang aku ada sampai kau nak jeles ? aku bukan macam kau , cantik , bila orang pandang , boleh puji . macam kau selalu cakap , aku ni kalau ada duit boros . tu pasal gaji beriban pun tak cukup . kau pulak macam mana ? perfect kah ? haihh , kawan oh kawan . even aku ni tak done study , aku tau camane rase bila orang hina aku , dan aku pun tak tersampai hati nak hina orang . tapi kau , muka lawa . pakwe hensem , degree ade . tapi bebal , tolong lah masuk sekolah balik , pergi belajar tatasusila okay . 

#mood : touching gaban
                                                                                     write by : coolsentap :D